13 Cafe Menarik di Sabah

2024-06-06

13 Cafe Menarik di Sabah| Tempat Makan Best – Sabah adalah sebuah negeri yang sarat dengan adat dan budaya. Banyak etnik dan kaum yang berlainan budaya berada dalam satu negeri. Ramai yang ambil kesempatan ini untuk melancong ke sini.

Tahukah anda? Di Sabah ada banyak cafe menarik untuk di cuba. Setiap cafe ini ada keunikkan sendiri yang menarik ramai orang. Jika ke Sabah jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri setiap cafe ini.

1. Caro Cafe – kafe

Sebuah kafe ‘Aesthetic’ yang semakin popular dalam kalangan warga Kota Kinabalu. Caro Cafe menawarkan kepada anda tempat makan yang tenang dan sedap mata memandang. Sesuai jadi tempat untuk ambil gambar.

Kafe ini sajikan makanan Western untuk sarapan pagi sampai makan malam. Paling best tempat ini terima tempahan untuk lakukan event atau majlis hari lahir dan sebagainya. Namun anda perlu buat tempahan awal untuk mereka hias dengan cantik untuk pelanggan mereka.

Kredit Imej: Caro Cafe
Kredit Imej: Caro Cafe
Kredit Imej: Caro Cafe

Lokasi: Lot 14, Sedco Light Industrial, Jln Kolombong, Kolombong, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Isnin. Bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/CAROcafe/

2. Makarios Book Café – kafe

Anda tahu tak ada sebuah kafe yang berkonsepkan mini library di Sabah? Bila masuk Makarios Book Café rasa seperti vibe di library. Suasana tenang dan selesa untuk membaca dan membuat kerja. Setiap tempat duduk mereka sediakan plug untuk mudahkan anda lakukan kerja.

Cafe menarik di Sabah ini juga ada menu makanan Korea yang popular. Kalau anda minat makanan Korea wajib singgah sini dan rasakan sendiri keenakkannya.

Kredit Imej: Makarios Book Café
Kredit Imej: Makarios Book Café
Kredit Imej: Makarios Book Café

Lokasi: Lot 20, First Floor (Corner Unit Lorong Damai Point, Jalan Damai, Luyang Commercial Centre, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari 10.30 pagi hingga pukul 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Makarioscafe/

3. Brown Cafe – kafe

Jom sejukkan tekak anda dengan secawan Milk Tea. Di Brown kafe, mereka sajikan pelbagai pilihan dan perisa air. Cafe ini menarik di Sabah kerana rasa minuman yang premium tapi harga yang berpatutan. Kalau tak cukup dengan air boleh cuba menu popular mereka iaitu ais bingsu.

Ais Bingsu adalah sejenis ais berperisa yang disagat halus dan tekstur hampir sama dengan ais kacang makanan tradisional Malaysia. Antara perisa yang paling popular adalah perisa milk tea bingsu. Anda mesti rasa sendiri keenakkannya.

Kredit Imej: Eat & Hop
Kredit Imej: Eat & Hop
Kredit Imej: Brown Cafe

Lokasi: Lot 3&4, Jalan Pantai, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/browncafemalaysia/

4. The Bean café – kafe

Nak pergi library tapi selalu penuh! Jangan risau untuk warga Sabah anda mesti sudah tahu dengan kafe satu ini. Cafe menarik ini sediakan satu ruang khas untuk anda study dan buat kerja. Siap sediakan lampu meja untuk mudahkan urusan anda.

Bukan itu saja, jika anda berminat menjadi seorang Barista, di The Bean café juga ada sediakan course untuk belajar secara hands on. Dengan ilmu barista yang anda belajar di sini dapat bantu anda peroleh sijil barista dengan mudah.

Kredit imej: The Bean café
Kredit imej: The Bean café
Kredit imej: The Bean café

Cafe ini antara cafe menarik di Sabah yang mesti anda singgah jika melancong ke Sabah.

Lokasi: Lot 8-1, Lido Plaza, Jalan Kobusak, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/thebeankk/

5. Anooh Coffee – kafe

Kafe dengan lokasi yang strategik. Paling best kafe ini dikelilingi dengan pemandangan ‘Nature’ yang sangat cantik. Dari kafe anda dapat lihat bukit yang kehijauan dan awan.

Nak lagi best datang waktu pagi memang sejuk di sini dan dapat rasai awan lagi dekat. Untuk pengetahuan anda, Anooh Coffee Cafe seawal pukul 6.30 pagi. Jangan lepaskan peluang ini!

Kredit Imej: Anooh Coffee
Kredit Imej: Anooh Coffee
Kredit Imej: Anooh Coffee

Lokasi: KM3 Kundasang-Ranau road Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 9.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Anooh-Coffee/

6. Kopi Ping Cafe – kafe

Cafe menarik di Sabah yang perlu anda singgah adalah di Kopi Ping Cafe. Kafe ini sangat popular di Sabah. Kini mereka telah buka cawangan baru iaitu di Tawau. Spesial tentang kafe ini adalah air kopi mereka memang sedap dan wangi. Ini kerana mereka menggunakan biji kopi yang premium sahaja untuk anda.

Selain itu, style dan dekorasi kafe ini sangat cantik dan sesuai untuk geng kaki gambar. Setiap sudut memang menarik.

Kredit Imej: Kopi Ping Cafe
Kredit Imej: Kopi Ping Cafe
Kredit Imej: Kopi Ping Cafe

Lokasi: Unit No. A-G-01, Block A, Sutera Avenue, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 11.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kopipingcafe/

7. Hillside Kokol – kafe

Port menarik untuk view sunset dengan latar belakang gunung kinabalu hanya ada di cafe Hillside Kokol. Selain daripada makanan dan coffee yang sedap tempat ini jadi popular dalam geng kaki gambar. Yang sukakan nature juga wajib datang ke sini.

Untuk pelancong, mereka ada sediakan satu ruang untuk menjual barang ‘Sourvenier’ dari Sabah untuk bawa pulang. Boleh jadikan kenang kenangan nanti. Rugi kalau tak datang cafe menarik ini.

Kredit Imej: Hillside Kokol
Kredit Imej: Hillside Kokol
Kredit Imej: Hillside Kokol

Lokasi: Richard’s Kokol Paradise, Kg. Kokol Kg. Kokol, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Hanya buka hujung minggu saja iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari lain mereka tidak beroperasi. Mula buka dari pukul 10.30 pagi hingga 6.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/hillsidekokolcafe/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 cafe menarik di Sabah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sabah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain