13 Cafe Menarik di Putrajaya

2024-06-06

13 Cafe Menarik di Putrajaya| Tempat Makan Best – Kini telah menjadi satu trend di mana  banyak cafe menarik dan ‘hipster’ di buka. Lagi menarik pemilik kafe ini kebanyakkan anak muda Malaysia sendiri. Jadi tak salah kalau kita terus menyokong dan bantu mereka.

Di Putrajaya pula, memang banyak kafe seperti ini di buka. Untuk artikel kali ini saya akan bantu anda dengan senaraikan beberapa cafe menarik di Putrajaya ini. Semoga membantu!

1. The Glasshopper – kafe

Kafe dengan konsep glasshouse tapi dalam taman. Di The Glasshopper Cafe mereka bina kafe seperti glasshouse yang di kelilingi dengan kaca. Menjadikan kafe ini nampak selesa dan tenang. Di tambah pula dengan pohon hijau.

Jangan risau kalau ke sini, makanan banyak pilihan. Ada pilihan nasi, pasta, pastry, kek dan banyak lagi. Menu paling popular adalah Croissant mereka. Rasa yang sempurna di tambah pula makan dengan coffee panas. Memang best!

Kredit Imej: The Glasshopper
Kredit Imej: The Glasshopper
Kredit Imej: The Glasshopper

Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 8.30 pagi hingga 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/theglasshopper/

2. Inara Cafe – kafe

Kafe kali ini memang cantik dan tenang. Konsep kafe minimalis tambah moden. Menjadikan setiap sudut kafe sangat cantik untuk ambil gambar.

Kalau anda datang ke sini jangan lupa oder Nasi Kerabu dengan Croissant Strawberry mereka. Memang sedap dan selalu jadi menu di cadangkan oleh customer lain yang pernah datang.

Kredit Imej: Inara Cafe
Kredit Imej: Inara Cafe
Kredit Imej: Inara Cafe

Lokasi: Lot A2-1-3A, Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 12 tengah hari sampai 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/inarakafe_

3. Gua Juicery – kafe

Makan dalam gua? Cafe Gua Juicery yang terletak di Putrajaya gunakan konsep makan dalam gua. Dengan reka bentuk seperti gua, cafe ini menjadi semakin popular dalam kalangan geng ambil gambar.

Bukan hanya tempat makan saja unik, makanan di sini semuanya menarik. Makanan pula ada banyak pilihan untuk di cuba. Jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba pengalaman baru.

Kredit Imej: Gua Juicery
Kredit Imej: Gua Juicery
Kredit Imej: Gua Juicery

Lokasi: Jln Taman Botani, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/GuaJuicery/

4. Lake Cabin – kafe

Lokasi santai baru di Putrajaya. Lake Cabin berada di sebelah Tasik Putrajaya, menjadikan cafe ini sangat menarik untuk di kunjungi. Ruang makan luas sesuai untuk buat makan ramai dengan kawan dan family. Kalau ke sini wajib cuba coffee. Mereka hanya menggunakan biji kopi yang premium dan berkualiti tinggi.

Untuk pengetahuan semua, ada masa mereka akan anjurkan event seperti ‘Pop Store’ di sekitar cafe. Boleh lah ajak kawan atau family ramai ramai datang sini.

Kredit Imej: Lake Cabin
Kredit Imej: Lake Cabin
Kredit Imej: Lake Cabin

Lokasi: Anjung Floria, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/lakecabin_

5. Kopi Surat Cinta – kafe

Anda pernah dapat surat cinta? atau pernah kirim surat cinta untuk crush? kalau pernah atau tak pernah pun anda wajib datang sini. Di Kopi Surat Cinta akan buat anda jatuh cinta dengan kata – kata dan ayat – ayat manis dari sini. Malah dengan setiap pembelian secawan kopi anda akan dapat sepucuk surat cinta. Vibe sini memang best.

Kredit Imej: Kopi Surat Cinta
Kredit Imej: Kopi Surat Cinta
Kredit Imej: Kopi Surat Cinta

Lokasi: Unit 7, Galeria PjH, Presint 4, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 7 pagi smpai 7 malam. Tapi kalau hujung minggu tutup sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kopisuratcinta/

6. 10 gram – kafe

Satu lagi cafe menarik di Putrajaya iaitu cafe 10 gram. Bahagian dalaman kafe ini sangat cantik. Dengan dekorasi dan hiasan yang moden tapi minimalis. Tapi yang lagi menarik adalah menu pilihan mereka. Agak unik kerana menu minuman yang mereka hidangkan kita perlu buat sendiri. Mereka akan hidangkan mengikut sukatan dan kita hanya perlu campur semua mengikut kesukaan kita.

Kalau waktu kecil bercita – cita nak jadi sainstis yang genius anda mesti datang sini. Boleh campur – campur bahan macam dalam makmal.

Kredit Imej: 10 gram
Kredit Imej: 10 gram
Kredit Imej: 10 gram

Lokasi: No. A1-G-1 Block A1 Floor, G Ayer@8, Phase 8c1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/10gramcafe/

7. Celsius Coffee – kafe

Tema cafe ini adalah serba hitam. Seluruh cafe ini menggunakan warna hitam sebagai warna utama. Ini menjadikan cafe ini nampak lebih premium. Ramai pengemar kopi tahu kewujudan kafe ini. Menu spesial mereka adalah coffee. Dari luar kafe dapat cium bau aroma biji kopi yang di panggang.

Lagi sedap bila makan bersama pastry mereke. Kombinasi ini memang tengah trend sekarang di mana mana kafe. Anda jangan ketinggalan untuk mencuba satu di Celsius Coffee.

Kredit Imej: Celsius Coffee
Kredit Imej: Celsius Coffee
Kredit Imej: Celsius Coffee

Lokasi: I-G-11, Conezion Persiaran IRC3 IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8 pagi hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/celsiuscoffee/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 cafe menarik di Putrajaya. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Putrajaya ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular