13 Cafe Menarik di Pulau Pinang

2024-06-05

13 Cafe Menarik di Pulau Pinang| Tempat Makan Best – Kalau pergi Pulau Pinang mesti singgah kedai makan nasi kandar atau kedai mamak. Untuk pengetahuan anda, Penang kini telah menjadi sebuah pusat pelancongan yang terkenal di Utara Malaysia. Ramai pengunjung luar mahupun dalam negara sendiri berkunjung ke pulau ini.

Ini telah menjadikan Pulau Pinang semakin maju dan ada banyak tempat makan menarik untuk di cuba. Tidak salah kalau anda datang ke sini cuba cafe menarik yang ada di Pulau Pinang. Setiap cafe ini ada keunikkan sendiri.

1. The Table Penang – kafe

Mini cafe di Penang iaitu The Table Penang. Bagi yang Muslim and atidak perlu ragu ragu lagi. Kafe ini di miliki oleh orang Melayu beragama Islam. Di jamin halal dan semua bahan yang digunakan guna selamat untuk di makan.

Menariknya di sini adalah kafe ini walaupun mini cafe namun masih mampu menampung ramai pelanggan dalam satu masa. Makanan di sini memang sedap dan selalu dapat feedback yang baik. Rugi kalau tak datang cuba.

Kredit Imej: The Table Penang
Kredit Imej: The Table Penang
Kredit Imej: The Table Penang

Lokasi: 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari khamis dari pukul 12 tengah hari hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/thetablepenang/

2. The Palm –  kafe

Cafe menarik di Pulau Pinang iaitu The Palm mengunakan konsep Tropical. Reka bentuk kafe sangat menarik dan unik. Jika anda ke sini dapat rasakan vibe seperti di luar negara tapi masih di Pulau Pinang. Geng kaki gambar wajib singgah sini. Ramai juga yang datang untuk photoshoot gambar.

Kafe ini belum mendapat sijil halal namun mereka ‘Strictly Pork-Free’.

Kredit Imej: The Palm
Kredit Imej: The Palm
Kredit Imej: The Palm

Lokasi: 6G, Jalan Tanjung Tokong Kampung Raya Baharu, Tanjung Tokong, 10250 George Town, Penang

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali hari Isnin. Dari pukul 11.30 pagi sampai 10 malam. Manakala hujung minggu kafe buka sampai 12 tengah malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/ThePalmPenang/

3. The Warung – kafe

Sebuah kafe dessert yang menghidangkan pelbagai pilihan waffle dengan rasa yang sedap dan menarik. Peminat waffle anda wajib cuba. Rasa waffle di sini tidak sama dengan tempat lain.

Bukan itu saja, suasana dan dekorasi sangat selesa dan tenang. Rata rata customer yang pernah datang suka dengan vibe cafe ini. Tempat yang selesa dan sesuai untuk study atau buat kerja.

Kredit Imej: The Warung
Kredit Imej: The Warung
Kredit Imej: The Warung

Lokasi: 145, Victoria St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/thewarung.my/

4. The FOUNDERS Hutton – kafe

Sebuah kafe di tengah bandar Georgetown yang Muslim-Friendly. The FOUNDERS Hutton menjadi tempat lepak baru dengan suasana dan vibe yang berbeza. Mereka sediakan tempat indoor dan outdoor ikut keselesaan anda. Kafe ini luas dan boleh muatkan ramai. Jika anda mahu raikan majlis seperti Hari Jadi pun boleh. Tapi perlu buat tempahan awal.

Setiap sudut kafe sangat cantik. Sesuai kalau nak ambil gambar.

Kredit Imej: The FOUNDERS Hutton
Kredit Imej: The FOUNDERS Hutton
Kredit Imej: The FOUNDERS Hutton

Lokasi: 17, Jalan Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 9 pagi sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/thefoundershutton/

5. Temu Cafe – kafe

Satu lagi kafe yang dimiliki oleh orang muslim dan bahan yang digunakan juga halal. Temu cafe adalah sebuah kafe yang menghidangkan pelbagai pilihan makanan. Banyak makanan seperti nasi, pasta, pastry, kek dan banyak lagi.

Manakala pilihan coffee di sini juga banyak. Bila masuk dalam cafe anda dapat cium bau biji kopi yang di brew sedap. Reka bentuk dan design kafe sangat cantik dan unik. Menjadikan kafe ini cafe menarik di Pulau Pinang.

Kredit Imej: Temu Cafe
Kredit Imej: Temu Cafe
Kredit Imej: Temu Cafe

Lokasi: 62, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu dari pukul 10 pagi sampai 7 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.temucoffee.com/

6. Brown Sugar Eatery – kafe

Mini kafe yang berada di Bayan Lepas. Walaupun kecil tapi jangan risau banyak meja dan kerusi disediakan. Lagi best datang waktu malam. Boleh lepak di luar kafe ditemani dengan lampu yang banyak. Memang jadi tempat lepak dengan kawan atau keluarga.

Makanan yang popular di sini adalah kek. Burn Cheese Cake antara menu yang paling laris dan cepat habis. Anda tunggu apa lagi cepat tempah meja anda sekarang.

Kredit Imej: Brown Sugar Eatery
Kredit Imej: Brown Sugar Eatery
Kredit Imej: Brown Sugar Eatery

Lokasi: Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 3 petang sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/brownsugarcoffeebar/

7. Syarikat Cafe – kafe

Berkonsepkan seperti ‘Office’, cafe yang diberi nama syarikat adalah cafe yang menarik di Pulau Pinang dan wajib anda lawati. Sekali pandang macam office yang sebenar dengan penggunaan meja dan kerusi yang hampir sama. Memang sesuai sangat dengan kaki gambar.

Makanan di sini banyak pilihan. Harga pula sangat berbaloi dengan apa yang di hidangkan.

Kredit Imej: Syarikat Cafe
Kredit Imej: Syarikat Cafe
Kredit Imej: Syarikat Cafe

Lokasi:  96, Lim Cheng Teik Sq, 10250 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. Mula operasi dari pukul 12 tengah hari sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Syarikatcafe/

8. Rumah Kacha – kafe

Sesuai namanya, kafe ini gunakan konsep rumah kaca untuk menjadikan tempat ini lebih menarik. Dengan hiasan pokok dan bunga nampak lebih selesa untuk lepak. Kafe kali ini sangat sesuai untuk makan ramai ramai. Nak buat event oun boleh. Pihak mereka akan hiaskan untuk anda tapi kena buat tempahan awal.

Kredit Imej: Rumah Kacha
Kredit Imej: Rumah Kacha
Kredit Imej: Rumah Kacha

Lokasi: 31a, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 12 tengah hari sampai 9.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/rumahkacha/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 cafe menarik di Pulau Pinang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Penang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain