13 Cafe Menarik di Perlis| Tempat Makan Best – Ramai yang tidak tahu kalau di Negeri Perlis banyak tempat makan best yang menarik dan tiada di tempat lain. Jika anda ke sini, memang sangat rugi kalau tidak cuba ke kafe yang pernah viral di sini.
Untuk mudahkan anda, saya telah senaraikan beberapa cafe yang menarik dan unik yang ada di negeri Perlis.
Selamat mencuba!
1. Koffee Kitchen – kafe
Kafe yang gunakan konsep Western dan Tradisional ini sangat menarik untuk di lawati. Review di Google juga tinggi. Warga Perlis mesti kenal dengan kafe satu ini. Kalau ke sini jangan lupa singgah Koffee Kitchen.
Menariknya di Koffee Kitchen, bila tiba bulan ramadan mereka akan adakan Buffet Ramadan dengan menu makanan resepi warisan Ibunda. Makanan yang di sajikan adalah makanan tradisional melayu dan semuanya sedap.
Lokasi: Koffee kitchen , no 27 jalan guar syed alwi, Perlis, Malaysia
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin. Bermula 10.30 pagi sehingga 12.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/KoffeeKitchen/
2. Oven Rimba – kafe
Walapun lokasi kafe berada dalam kampung, namun ianya tetap menjadi pilihan ramai. Menu paling popular di sini adalah coffee mereka yang menggunakan bahan premium. Setiap coffee di brew dengan sempurna dan aroma juga harum.
Bukan itu saja, di Oven Rimba juga ada banyak menu lain iaitu pasta dan pastry. Banyak dessert pastry yang comel dan ‘Instagrammable’. Menjadikan dessert menu kedua yang menjadi pilihan semua selain coffee. Dekorasi kafe sangat cantik, Untuk kaki gambar wajib datang sini.
Lokasi: Jalan Santan, Kampung Padang Lati, 02400 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin. Dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/ovenrimba/
3. Block Caife – kafe
Anda cari tempat makan yang hipster dan boleh lepak? di Block Caife sangat sesuai untuk anda. Dekorasi dan susun atur kafe sangat unik dan cantik. Tempat duduk outdoor dan terbuka. Boleh ambil gambar dan selesa kalau nak lepak ramai kawan.
Menu paling popular di sini adalah Marshmellow Block iaitu marshmellow yang di bakar. Boleh jadi aktiviti dengan kawan sambil lepak.
Lokasi: Jalan Pengkalan Asam, Kampung Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari buka kecuali cuti Khamis. Dari pukul 5 petang sampai pukul 1 pagi.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/rooftopstation/
4. Sadiah Cafe – kafe
Kafe yang satu ini unik dengan konsep ala bali. Tempat makan sangat selesa dan cantik. Ramai juga yang datang untuk ambil gambar. Cafe menarik ini sangat popular untuk di jadikan tempat untuk photoshoot.
Kalau anda ke sini jangan lupa cuba menu nasi lemak mereka. Banyak pilihan lauk untuk semua. Anda tidak akan menyesal datang sini.
Lokasi: Lot 843, Jalan Wang Ulu, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari cuti Rabu. Dari pukul 8 pagi sehingga 8.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/p/Sadiah-Cafe/
5. Hannah Cookies Exclusive – kafe
Anda peminat dessert? Jika datang ke Perlis wajib cuba di Hannah Cookies. Banyak menu dan pilihan dessert dari pastry sampai kek. Semua makanan di sini menggunakan bahan yang berkualiti dan premium. Menjadikan tempat makan ini exclusive.
Sesuai juga untuk ambil gambar. Seluruh kafe di hiasi dengan warna pink dan putih untuk melambangkan warna kafe ini. Hannah Cookies menjadi satu jenama yang popular di Perlis. Mereka ada beberapa cawangan yang lain di negeri ini. Bukan itu saja, mereka juga mengedar dessert mereka di beberapa cafe dan tempat makan lain di seluruh Perlis.
Lokasi: 2, Jalan Kangar Jaya 13, Kangar Jaya, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 11 pagi hingga 10 malam
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
6. Balbuk Haus – kafe
Menikmati pemandangan Bukit Chuping dengan kehijauan pokok sekeliling. Kafe ini sangat cantik dan indah. Di Balbuk Haus setiap dekorasi mereka memang unik. Rasa tenang di sini boleh merehat jiwa.
Kepada anda yang ingin ke sini jangan lupa untuk booking dulu slot anda. Di sini kalau tak booking memang akan penuh.
Lokasi: Lorong Long Chin, Kampung Balik Bukit Chuping, 02500 Kangar, Perlis
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/dapoqbalbuk/
7. Cynta Kopi – kafe
Vibe dan dekorasi seperti di luar negara, Cynta Kopi memberi satu pengalaman baru buat semua. Di sini banyak pilihan coffee yang menarik dan sedap. Menu makanan di sini semuanya western. Kalau datang ke Perlis boleh rasai kelainan di sini. Cafe ini memang kafe yang menarik di Perlis.
Lokasi: Jalan Alor Sena, Kampung Masjid, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu bermula pukul 4 petang sampai 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/cynta.kopi/
8. Rumah Kupi – kafe
Sebuah kafe yang terletak jauh dalam kampung dan masih mengekalkan keaslian melayu tradisional. Kafe ini merupakan sebuah rumah kayu kampung. Tempat ini gunakan konsep retro tahun 60’an. Dekorasi dalam kafe sangat menarik dan suasana seperti tahun 60’an.
Kini, cafe menarik ini menjadi lokasi yang popular untuk photoshoot gambar kawin tema retro atau klasik. Rugi tak datang!
Lokasi: 60A, Kampung Kersik Tengah, Kampung Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali selasa. Dari pukul 11.30 pagi hingga 7 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/rumahkupi/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 cafe menarik di negeri Perlis. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Perlis ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!