13 Cafe Menarik di Negeri Sembilan

2024-06-02

13 Cafe Menarik di Negeri Sembilan| Tempat Makan Best – Banyak tempat makan yang best ada di Negeri Sembilan. Makanan dari negeri ini juga menjadi makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang datang untuk mencuba makanan di sini.

Kali ini saya akan senaraikan beberapa cafe yang menarik untuk anda semua. Kalau anda datang ke Negeri Sembilan jangan lupa singgah ke cafe ini. Semuanya menarik dan best untuk di cuba.

1. Cafe Bunga & Gula – kafe

Sebuah kafe yang menghidangkan banyak pilihan makanan. Ada makanan berat seperti nasi dan pasta. Selain itu, ada juga makanan lain seperti pastry, kek, waffle dan banyak lagi.

Di cafe Bunga & Gula juga ambil tempahan untuk kek. Semua kek yang di buat sangat sedap dan cantik. Kalau nak buat tempahan kena tempah awal sebelum slot anda penuh.

Kredit Imej: Cafe Bunga & Gula
Kredit Imej: Cafe Bunga & Gula
Kredit Imej: Cafe Bunga & Gula

Lokasi: 6, Jalan Campbell, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali hari Selasa bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 10 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/bungaadangula/

2. Kantin.My – kafe

Kafe yang menyediakan ruang yang selesa dan comel. Dengan berkonsepkan English Style, kafe ini nampak sangat tenang dan cantik untuk ambil gambar.

Untuk pengetahuan anda, Kantin.My sedia servis katering untuk majlis, birthday, majlis kahwin dan sebagainya. Mereka akan sediakan meja dessert dengan pelbagai jenis pilihan makanan pencuci mulut. Ramai yang sudah cuba servis ini dan rata rata suka dengan rasa makanan mereka.

Kredit Imej: Kantin.My
Kredit Imej: Kantin.My
Kredit Imej: Kantin.My

Lokasi: 351, Jalan Merbok 4, Taman Bukit Emas, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/kantin.my/

3. Kopi Pantai – kafe

Lokasi kafe ini terletak di pantai Port Dickson. Sebuah kafe yang gunakan tema minimalis dalam design dan hiasan menjadikan kafe ini sangat cantik dan menarik untuk di cuba. Menu utama dan spesial mereka adalah kopi dan nasi ayam. Sambil makan menghirup udara segar dari angin bayu pantai Port Dickson memang best.

Kalau anda nak mencuba pengalaman baru makan di cafe datang lah ke Cafe Kopi Pantai.

Kredit Imej: Kopi Pantai
Kredit Imej: Kopi Pantai
Kredit Imej: Kopi Pantai

Lokasi: CVX4+59R, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 4 petang hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/KopiPantaiPortDickson/

4. Hutan’ Garden Cafe – kafe

Anda mencari kafe yang sesuai untuk bawa kanak kanak? Boleh datang ramai ramai ke Hutan’ Garden Cafe. Kafe ini sangat luas dan selesa untuk makan dan lepak dengan kawan dan family.  Selain itu, menariknya di sini mereka sediakan menu makanan untuk budak. Semua menu ini sedap dan berkhasiat untuk anak anda.

Untuk dewasa pula, pilihan menu memang menarik kerana banyak pilihan untuk dipilih. Ada Pasta, Nasi, Kek, Pastry dan banyak lagi. Makanan sedap dengan kafe pula menarik memang rugi kalau anda tak cuba.

Kredit Imej: Hutan’ Garden Cafe
Kredit Imej: Hutan’ Garden Cafe
Kredit Imej: Hutan’ Garden Cafe

Lokasi: 957, Jalan Labu, batu 5, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari dari pukul 5 petang hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/profile.php

5. Terrace Cafe by Qahwa – kafe

Kafe yang tersembunyi tapi berbaloi di cuba adalah Terrace Cafe by Qahwa. Untuk sampai ke sini anda perlu lalui jalan yang berbukit dan masuk ke ladang kelapa sawit dulu baru sampai. Menu yang wajib anda cuba adalah scone. Rasa scone mereka premium dan sedap makan bersama jem. Orang Nogori lepas ini tidak perlu pergi jauh untuk cari scone, di sini pun ada.

Sebelah kafe ini ada sebuah resort yang di miliki oleh pemilik yang sama. Resort mereka sangat cantik dengan kolam air yang bersih dan di keliling dengan hijau pokok. Rugi kalau tak datang!

Kredit Imej: Terrace Cafe by Qahwa
Kredit Imej: Terrace Cafe by Qahwa
Kredit Imej: Terrace Cafe by Qahwa

Lokasi: Lot 4065 Kampung Jelatok Mendom, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Kafe ini hanya buka hari Sabtu, Ahad dan Isnin saja. Dari pukul 11 pagi hingga 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/qahwakopi/

6. Picnic House by NakCikit – kafe

Cari tempat untuk lepak dan picnic di sekitar Negeri Sembilan? Ada sebuah cafe menarik di Negeri Sembilab yang wajib anda singgah. Di Picnic House by NakCikit menawarkan suasana dan vibe seperti pergi picnic. Cafe ini menarik kerana tempat makan yang cantik dan selesa. Serta pilihan makanan pula yang pelbagai. Menjadikan kafe ini popular dalam kalangan generasi Z untuk datang dan lepak bersama kawan.

Kredit Imej: Picnic House by NakCikit
Kredit Imej: Picnic House by NakCikit
Kredit Imej: Picnic House by NakCikit

Lokasi: 403, Jalan Sikamat, Taman England, Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10.30 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/nakcikit.picnichouse

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 cafe menarik di Negeri Sembilan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Negeri Sembilan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular