13 Cafe Menarik di Melaka

2024-05-29

13 Cafe Menarik di Melaka| Tempat Makan Best – Melaka adalah sebuah negeri bersejarah. Setiap tahun ramai pelancong datang ke Melaka untuk pelajari sejarah dan mencuba makanan yang ada di sini.

Banyak sebenarnya tempat makan best di Melaka. Cafe menarik di Melaka juga banyak dan semuanya unik. Untuk mudahkan anda, saya kan bantu senaraikan beberapa cafe menarik di Melaka untuk anda.

1. 175 Gallery Cafe – kafe

Kafe ini sudah popular dalam kalangan penduduk sini. Untuk pengunjung yang baru pertama kali ke sini, anda wajib singgah di 175 Gallery Cafe. Di sini banyak pilihan makanan untuk di pilih. Dari makanan berat hingga makanan ringan. Untuk pencinta pistachio anda perlu cuba menu baru mereka iaitu ais krim pistachio yang di buat sendiri dan di makan bersama waffle yang rangup.

Untuk pengetahuan anda, 175 Gallery Cafe pernah di pilih sebagai cafe yang menarik di Melaka dalam rancangan TV ‘Ronda – Ronda Ramadan’.

Kredit Imej: 175 Gallery Cafe 
Kredit Imej: 175 Gallery Cafe
Kredit Imej: 175 Gallery Cafe

Lokasi: 175, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari pukul 12 tengah hari hingga 6.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/175gallerycafe/

2. Roast by Burghkin – kafe

Kafe muslim friendly ini popular kerana rasa masakan mereka yang sedap dengan kuantiti yang banyak. Ruang makan pula luas dan selesa. Kalau nak datang ramai – ramai dengan kawan atau family juga boleh. Mereka ada sediakan meja untuk ramai.

Selain dari mencuba makanan dan ambil gambar, ramai juga yang datang untuk study atau buat kerja. Ruang yang tenang menjadikan tempat ini sangat selesa.

Kredit Imej: Roast by Burghkin
Kredit Imej: Roast by Burghkin
Kredit Imej: Roast by Burghkin

Lokasi: B-G-6A, Jln KLJ 5, Kondo Laksamana Jaya, 75200 Malacca

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari pukul 9.15 pagi hingga 6.30 petang

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/roast.byburghkin/

3. Hey Cafe – kafe

Kafe satu ini menarik kerana setiap sudut kafe memang cantik dan jadi spot untuk ambil gambar. Kalau ke sini wajib ambil gambar dulu. Rata rata customer yang pernah datang mesti akan kembali lagi. Ramai antara mereka mencadangkan menu Pasta Masak Lemak Cili Api Seafood dan Tuscan Mediterranean Creamy Salmon Steak. Kalau datang ke sini jangan lupa rasa 2 menu popular ini.

Kredit Imej: Hey Cafe
Kredit Imej: Hey Cafe
Kredit Imej: Hey Cafe

Lokasi: 18, Jalan Kota Laksamana 3/14, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Khamis bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/heycafemelaka/

4. Malaiqa by Gula Cakery – kafe

Kafe Malaiqa adalah sebuah cafe di bawah Gula Cakery. Kafe ini terkenal sebagai kafe yang mengeluarkan dessert yang pelbagai dan sedap di Malaysia. Kini mereka telah membuka sebuah lagi kafe diberi nama Malaiqa Cafe. Di Malaiqa Cafe mereka memberi keutamaan kepada makanan berat. Ada banyak pilihan makanan dan semuanya menarik. Makanan di sini kebanyakkan adalah makanan lokal dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Kredit Imej: Malaiqa by Gula Cakery
Kredit Imej: Malaiqa by Gula Cakery
Kredit Imej: Malaiqa by Gula Cakery

Lokasi: 39, Jalan Kampung Hulu, BANDAR RAYA, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/malaiqabygulacakery/

5. Kin by The Daily Fix – kafe

Satu lagi kafe yang menarik di Melaka adalah Kin by The Daily Fix. Konsep yang digunakan adalah English Style tapi Mimimalis. Dekorasi dalaman memang cantik sesuai untuk kaki gambar. Makanan banyak dan pelbagai. Paling best coffee di sini di brew segar untuk anda. Kalau ke Melaka yang lupa singgah di sini.

Kredit Imej: Kin by The Daily Fix
Kredit Imej: Kin by The Daily Fix
Kredit Imej: Kin by The Daily Fix

Lokasi: Jaya, 1, Jln KLJ 9, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Buka Setiap Hari Dari pukul 11.30 pagi hingga 9.30 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kinbythedailyfix/

6. Dan by The After Taste – kafe

Sebuah kafe dengan konsep makanan ala Korean Style. Mereka banyak keluarkan menu makanan korea seperti Ramen, Tteokbokki, Bread Toast dan banyak lagi. Peminat makanan Korea anda wajib datang sini. Bukan itu saja, dekorasi dan hiasan di Dan by The After Taste memang cantik dan menarik. Mereka menggunakan warna kuning sebagai warna utama. Menjadikan seluruh kafe berwarna kuning.

Kredit Imej: Dan by The After Taste
Kredit Imej: Dan by The After Taste
Kredit Imej: Dan by The After Taste

Lokasi: 667-B, Jln Bukit Melaka 1/3, Taman Bukit Melaka, 75450 Bukit Beruang, Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 8 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Danbytheaftertaste/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 cafe menarik di Melaka. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Melaka ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain