13 Cafe Menarik di Langkawi Kedah

2024-06-04

13 Cafe Menarik di Langkawi Kedah| Tempat Makan Best – Langkawi adalah sebuah pulau pelancongan yang popular di Malaysia. Pulau ini sering di kunjung oleh pelancong yang datang dari banyak negara. Malah, pelancong dari negara kita juga banyak yang datang.

Kalau pergi bercuti mestilah tempat makan yang paling utama. Oleh itu, saya akan bantu anda mencari cafe menarik di Langkawi ini. Semoga dapat bantu anda rancang percutian anda.

1. Sea You By The Bay – kafe

Konsep yang mereka gunakan untuk kafe ini ialah Hawaii Style. Cafe ini menarik kerana dekorasi dan hiasan yang di gunakan sangat berbeza dengan kafe yang lain. Ruang makan juga luas. Jangan risau kalau ke sini, ada banyak meja dan kerusi di sediakan.

Kafe ini bersebelahan dengan Adya Hotel. Jika anda menginap di sini wajib datang dan rasai menu yang menarik di Sea You By The Bay Cafe.

Kredit Imej: Sea You By The Bay
Kredit Imej: Sea You By The Bay
Kredit Imej: Sea You By The Bay

Lokasi: Lot PT 1229, Mukim Kuah Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/seayou.langkawi

2. Ngopi Pantai – kafe

Tak sangka dekat Langkawi ada cafe menarik yang boleh kita mengopi sambil healing. Di sini, ada coffee bar yang menghidangkan pelbagai pilihan coffee untuk anda. Coffee ini juga ada rasa yang premium kerana gunakan bahan dari biji kopi yang berkualiti tinggi.

Menu lain juga ada dan semuanya menarik untuk di cuba. Sambil minum kopi layan view matahari terbenam. Memang best! Tempat pula cantik dan selesa boleh lepak dengan kawan lagi. Rugi kalau tak datang sini.

Kredit Imej: Ngopi Pantai
Kredit Imej: Ngopi Pantai
Kredit Imej: Ngopi Pantai

Lokasi: Cenang Hill Beachfront Lot 113, Tasik Anak, Teluk Bharu, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/ngopipantai.langkawi/

3. Co B Diem – kafe

Cafe satu ini memang menarik di Langkawi. Design dan reka bentuk kafe cantik dan berseni. Kafe ini menjadi pilihan warga Langkawi untuk Breakfast dan Brunch. Menariknya di sini mereka menghidangkan pelbagai pilihan makanan lokal dengan citarasa yang mewah. Konsep yang santai menjadikan kafe ini selesa untuk makan dan lepak.

Lagi best, mereka juga sediakan ruang khas untuk kanak – kanak main. Lepas ini tak perlu risau lagi kalau nak bawak anak anda.

Kredit Imej: Co B Diem
Kredit Imej: Co B Diem
Kredit Imej: Co B Diem

Lokasi: No. 55, Kampung Padang Lalang Kuah Gudang, Kampung Padang Lalang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari tanpa cuti bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/cobdiemlangkawi/

4. Halaman.1295 – kafe

Kafe ini sangat unik kerana mereka menggunakan konsep Japanese – Indonesia style dalam menu dan design kafe. Jika anda datang ke sini, dapat rasakan rasa nyaman dari dan selesa dengan suasana kafe. Waktu malam lagi best dengan lampu yang banyak dan angin sejuk malam di Pulau sangat menakjubkan. Kalau anda nak datang mesti ajak sekali kawan atau keluarga. Jangan lepaskan peluang yang menarik ini.

Kredit Imej: Halaman.1295
Kredit Imej: Halaman.1295
Kredit Imej: Halaman.1295

Lokasi: No. 11, Taman Dayang, Jalan Ayer Hangat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 9 pagi hingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/halaman.1295

5. The Kelapa Cafe by TRV – kafe

Tempat makan dengan konsep Tropical. Di The Kelapa Cafe by TRV Langkawi, mereka menawarkan pelbagai pilihan menu makanan dan semua nya menarik untuk di cuba. Kafe ini pernah viral di media sosial kerana tempat yang cantik dan sesuai untuk geng kaki gambar.

Lagi menarik, siap ada kolam renang di sini. Memang lain dari konsep kafe yang ada di Pulau Lagenda ini.

Lokasi: 61, Jalan Tanjung Rhu, Kampung Padang Lalang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kelapacafelangkawi/

6. Smiling Buffalo – kafe

Ada lagi satu cafe menarik di Langkawi iaitu Smiling Buffalo. Jika anda mencari tempat makan yang sajikan makanan lokal and wajib singgah di sini. Mereka bukan hanya sajikan menu makanan Western saja tapi ada banyak juga menu makanan Melayu.

Selain dari menikmati makanan di sini, banyak tempat dan sudut yang cantik untuk bergambar. Ajak sekali kawan dan family untuk sama sama rasakan kelainan di sini.

Kredit Imej: Smiling Buffalo
Kredit Imej: Smiling Buffalo
Kredit Imej: Smiling Buffalo

Lokasi: 965, Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Smilingbuffalocafe/

7. Lembayung Cafe – kafe

Ada peminat bunga? kalau anda suka bunga mesti singgah cafe ini. Lembayung Cafe terletak dalam kebun bunga. Banyak pokok bunga di sekeliling kafe ini. Kawasan ini menjadi tempat untuk ambil gambar yang popular di Langkawi.

Makanan lokal dan tradisional dari Malaysia juga banyak di hidangkan. Rasa juga sedap dan rata rata customers yang pernah datang akan kembali lagi. Menu paling popular adalah Nasi Lemak. Cafe ini sangat menarik di Pulau Langkawi yang perlu ada dalam rancangan perjalanan anda.

Kredit Imej: Lembayung Cafe
Kredit Imej: Lembayung Cafe
Kredit Imej: Lembayung Cafe

Lokasi: Jalan Ulu Melaka, Jalan Padang Saga, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu. Bermula pukul 8.30 pagi hingga 7 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/LembayungLangkawi/

8. Heehee Cafe – kafe

Kafe ini berada di MAHA Tower. Pemandangan dari Tower ini memang cantik. Ramai pengunjung akan datang ke Heehee Cafe untuk menikmati coffe yang di brew sedap sambil layan view matahari terbenam.

Menariknya di sini, mereka menggunakan konsep Store iaitu dalam Heehee cafe ada bahagian yang menjual barang cenderamata, merchandise, baju, topi dan banyak lagi. Design barang ini pula memang ekslusif. Jangan lupa shopping barang di sini kalau datang ke Langkawi.

Kredit Imej: Heehee Cafe
Kredit Imej: Heehee Cafe
Kredit Imej: Heehee Cafe

Lokasi: L1A-03, Heehee Concept Store MAHA Tower, Persiaran Mahawangsa, 07000 Kuah, Kedah

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/heehee.my/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 cafe menarik yang ada di Pulau Langkawi. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Langkawi ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain