13 Cafe Menarik di Kuching Sarawak

2024-05-30

13 Cafe Menarik di Kuching Sarawak| Tempat Makan Best – Sarawak semestinya terkenal dengan budaya dan adat yang tinggi. Banyak juga tempat makan best yang ada di sini. Termasuk juga cafe menarik dan unik banyak di bangunkan di Sarawak.

Dalam artikel kali ini, saya akan bantu anda senaraikan beberapa cafe menarik yang ada di sekitar bandar Kuching, Sarawak. Jika anda berkunjung ke Kuching boleh datang dan rasai sendiri keunikkan cafe yang ada ini.

Selamat mencuba!

1. Nam Joo – kafe

Sebuah kafe berkonsepkan retro dengan dekorasi dalaman yang unik dan cantik.  Di Nam Joo cafe mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan untuk semua generasi. Ada masakan nasi, ada makanan Western dan yang menarik ada juga makanan Korea.

Kafe ini juga popular di jadikan tempat untuk photoshoot dan bergambar. Kerana hiasan dan design yang menarik menjadikan tempat ini pilihan geng kaki gambar.

Kredit Imej: Nam Joo
Kredit Imej: Nam Joo
Kredit Imej: Nam Joo

Lokasi: 21, gambier road, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/namjoo1964/

2. Titik Temu Cafe – kafe

Jika anda nak rasa makanan tradisional Sarawak, boleh datang ke Titik Temu Cafe yang terletak di Kuching. Dengan konsep kayu dan simple, kafe ini banyak menggunakan perabot kayu seperti kerusi dan meja makan. Memberi rasa tenang sambil makan dan lepak dengan kawan.

Ramai orang Sarawak dah kenal tempat satu ini, kerana kafe ini menjamin harga yang murah dan berbaloi dengan apa kita dapat. Jadi, jangan lupa untuk singgah di Titik Temu Cafe.

Kredit Imej: Titik Temu Cafe
Kredit Imej: Titik Temu Cafe
Kredit Imej: Titik Temu Cafe

Lokasi: LOT 8160, SECTION 64, KTLD, Jalan Simpang Tiga, Kampung Kenyalang Park, 93200 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Buka setiap hari bermula dari 8 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/TitikTemu/

3. EST Coffee – kafe

Kafe dengan tema putih dan minimalis. Suasana rasa tenang dan nyaman. Tempat yang selesa untuk cuba rasa coffee sambil lepak atau buat kerja. Di EST Coffee, mereka memang menjaga kualiti biji kopi dan pilih hanya yang premium saja untuk di hidangkan kepada customer. Rata rata customer yang pernah datang puji rasa coffee di sini memang premium.

Kredit Imej: EST Coffee
Kredit Imej: EST Coffee

Lokasi: GF NO 15, Lot 3146, Block 12, Northbank Commercial, Muara Tebas Land District, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/estcoffee.my/

4. NOMU – kafe

Sebuah kafe yang di milike oleh pemilik Islam. Nomu kafe adalah cafe menarik yang ada di Kuching. Jika anda datang ke Sarawak dan mencari tempat makan makanan berat memang mencadangkan anda datang ke sini. Makanan di NOMU semuanya sedap dan berbaloi dengan harga.

Banyak juga menu nasi. Antara makanan yang popular di sini adalah Nasi Lemak Ayam Crispy dan Croffle daging Wagyu. Memang sedap dan berbaloi. Rugi kalau tak cuba.

Kredit Imej: NOMU
Kredit Imej: NOMU
Kredit Imej: NOMU

Lokasi: GF, Lot 421, Lorong 6, Section 10 KTLD, Jalan Nanas, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Buka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/nomukuching/

5. Crumbs – kafe

Cafe menarik di Kuching Sarawak iaitu Crumbs. Kafe ini menyediakan pilihan roti dan pastry yang di jamin premium. Setiap gigitan dapat rasakan bahan yang di gunakan adalah bahan berkualiti tinggi. Pelbagai pilihan coffee juga ada di sediakan. Design dan tema yang di gunakan adalah ‘Chill’. Memberikan suasana yang tenang dan selesa untuk customer yang datang.

Menariknya di sini, mereka ada sediakan satu ruang untuk mempamerkan barang merchanside cafe ini sendiri. Antara yang popular Tote Bag, Mug, Sweatshirt dan banyak lagi. Semuanya cantik sangat dan anda wajib cuba.

Kredit Imej: Crumbs
Kredit Imej: Crumbs
Kredit Imej: Crumbs

Lokasi: Ground Floor, Lot 17650 Block 11, Jln Stutong Baru, MTLD, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/crumbs._____

6. Garden Cafe by bing! – kafe

Nak rasakan pengalaman baru makan dalam taman? Cafe menarik kali ini di Kuching adalah Garden Cafe by bing! Konsep kafe sangat unik. Meja makan dalam taman yang di kelilingi dengan pokok bunga. Suasana rasa tenang dan santai. Ruang tempat makan luas dan amat selesa.

Kafe ini sesuai kalau nak bawa kanak kanak. Banyak menu makanan yang menarik. Pilihan kek dan pastry juga ada pelbagai perisa. Ramai customer puji kek di sini. Anda kalau suka kan ‘Nature’ boleh datang dan singgah di Garden Cafe by bing!

Kredit Imej: Garden Cafe by bing!

Kredit Imej: Garden Cafe by bing!

Lokasi: 111, Jalan Tun Abang Haji Openg, Rikett Estate, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/bingcoffeesarawak/

7. Beurré Cafe – kafe

Kafe yang berkonsepkan European. Setiap sudut di sini semuanya cantik dan sesuai untuk geng bergambar. Menu istimewa mereka di sini adalah bagel. Di Beurré Cafe, mereka buat sendiri bagel dan di hidangkan dengan banyak pilihan dan versi bagel yang mereka jual. Kalau anda minat bagel wajib cuba. Memang berbaloi.

Kredit Imej: Beurré Cafe
Kredit Imej: Beurré Cafe
Kredit Imej: Beurré Cafe

Lokasi: Lot 184, Ground Floor, Jalan Song, Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/beurrecafe/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 cafe menarik di Kuching Sarawak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sarawak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain