13 Cafe Menarik di Kuala Lumpur

2024-05-28

13 Cafe Menarik di Kuala Lumpur| Tempat Makan Best – Kuala Lumpur terkenal sebagai syurga makanan. Banyak makanan viral yang datang dari pelbagai negara berkumpul di sini. Menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat yang kumpulkan semua makanan ini.

Malah banyak juga kafe yang unik dan menarik baru di buka di sini. Mungkin masih ada yang belum tahu, oleh itu saya akan bantu anda lihat beberapa kafe yang menarik ada di sekitar Kuala Lumpur.

1. LOKL Coffee Co – kafe

Kafe ini lebih senang di kenali sebagai kedai kupi. Mereka menyajikan makanan local dengan cita rasa rakyat Malaysia. Banyak pilihan menu untuk kopi. Semuanya sedap dan wangi dengan aroma. Antara makanan yang di cadangkan oleh customer yang pernah datang adalah Buttermilk Chicken Waffle dan Soft Boiled Egg Brioche.

Makanan pastry dan kek juga ada untuk peminat dessert. Lagi menarik di sini mereka menggunakan konsep ‘Open Air’ dan ‘Nature’. Banyak pokok kehijauan dan bunga yang cantik.

Kredit Imej: LOKL Coffee Co
Kredit Imej: LOKL Coffee Co
Kredit Imej: LOKL Coffee Co

Lokasi: 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Buka setiap hari tanpa cuti dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/LoklCoffee/

2. Lisette’s – kafe

Menghidangkan makanan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Lengkap semuanya di sini. Pilihan makanan pula banyak dan semuanya sedap. Paling menarik setiap makanan akan di sajikan dengan cantik.

Untuk kaki gambar, anda wajib datang ke Lisette’s. Setiap sudut kafe dihiasi dengan bunga dan dekorasi yang indah di pandang. Makan di sini boleh jadi satu pengalaman yang menakjubkan.

Kredit Imej: Lisette’s
Kredit Imej: Lisette’s
Kredit Imej: Lisette’s

Lokasi: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Buka setiap hari bermula 8 pagi sampai 10 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://lisettes.com.my/faq/

3. Pokok KL – cafe

Untuk geng kaki gambar, anda wajib singgah sini kalau datang ke Kuala Lumpur. Di Pokok KL mereka gunakan konsep rumah kaca untuk kafe ini. Sekeliling cafe di buat dari kaca dan menggunakan perabot kayu untuk nampakkan tema alam semula jadi.

Di kawasan luar kafe, terdapat deretan pokok hiasi laman. Sesuai untuk bergambar dan kalau anda nak tahu di sini selalu di jadikan tempat untuk photoshoot gambar tunang, birthday dan kahwin. Rugi kalau tak datang sini.

Kredit Imej: Pokok Kl
Kredit Imej: Pokok Kl
Kredit Imej: Pokok Kl

Lokasi: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Malaysia

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/pokok.kl/

4. RGB Cafe – kafe

‘Oasis dalam bandar’ adalah konsep yang di gunakan oleh kafe ini. Dari luar anda dapat mencium bau aroma biji kopi yang premium. Mereka menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dengan barista yang berpengalaman menjadikan coffee adalah pilihan nombor satu paling popular di sini.

Kafe ini menarik di Kuala Lumpur kerana ruang nya sangat luas. Banyak tempat duduk dan anda boleh pilihan bahagian mana anda suka. Kalau nak buat sambutan birthday juga sesuai di RGB CAfe.

Kredit Imej: RGB Cafe
Kredit Imej: RGB Cafe
Kredit Imej: RGB Cafe

Lokasi: 35, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Di buka Setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/RatherGoodBeans/

5. VCR – kafe

Kafe VCR adalah sebuah kafe yang utamakan coffee. Spesial mereka di sini adalah menghidangkan secawan kopi. Setiap barista akan di hantar latihan dan kursus malah mereka juga amat berpengalaman dalam bidang kopi. Tidak hairan lah ramai yang datang untuk dapatkan kopi mereka. Pelancong dari luar negara juga banyak yang datang ke sini. Ini menjadikan VCR adalah cafe menarik di Kuala Lumpur.

Kredit Imej: VCR
Kredit Imej: VCR
Kredit Imej: VCR

Menu kopi yang di cadangkan adalah Single Origin Ethiopia Coffee.

Lokasi: 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 8 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/vcr.my/

6. Fine Coffee & Flower – kafe

Kafe dalam taman bunga. Fine Coffee & Flower menyajikan makanan dan kopi dengan menggunakan bahan yang premium. Mereka amat pentingkan kualiti dan rasa. Bukan itu saja, di sini juga ada pelbagai pilihan kek dan pastry. Untuk buat tempahan kek juga boleh di lakukan di sini. Tapi kena tempah awal.

Kredit Imej: Fine Coffee & Flower
Kredit Imej: Fine Coffee & Flower
Kredit Imej: Fine Coffee & Flower

Lokasi: C2, Jalan Ampang Utama 1/1, Tmn, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 10 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/FineCoffeeandFlowers/

7. Poppy Kat – kafe

Anda peminat kucing? Datang lah ke Poppy Kat yang berada di Cheras, Kuala Lumpur. Di sini mereka menggunakan konsep kucing di mana banyak kucing yang comel ada di sekeliling kafe. Jika anda ke sini, sambil makan boleh belai dan main kucing. Menariknya di sini semua kucing gemuk dan bulu lembut. Bersih dan selamat untuk main.

Kredit Imej: Poppy Kat
Kredit Imej: Poppy Kat
Kredit Imej: Poppy Kat

Lokasi: 34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 12 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/poppykatcafe/

8. Yellow Brick Road – kafe

Antara cafe menarik yang ada di Kuala Lumpur iaitu Yellow Brick Road. Kafe ini menyajikan makanan western tapi masih mengikut tekak Malaysia. Ini menjadikan kafe ini diterima ramai. Pilihan makanan pula banyak untuk di cuba.

Dekorasi di sini sangat cantik dan tenang untuk makan. Tempat makan luas boleh datang ramai dengan kawan atau family.

Kredit Imej: Yellow Brick Road
Kredit Imej: Yellow Brick Road
Kredit Imej: Yellow Brick Road

Lokasi: Kompleks Pejabat Damansara, Lot A-GF-03, 5th Place @ The Five No.49, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 9.30 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.yellowbrickroad.my/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 cafe menarik di Kuala Lumpur. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kuala Lumpur ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain