13 Cafe Menarik di Kelantan

2024-05-29

13 Cafe Menarik di Kelantan| Tempat Makan Best – Kelantan adalah negeri yang kaya dengan makanan. Banyak sebenarnya tempat makan best di negeri ini.

Selalu kalau ke Kelantan cari warung Keropok Lekor atau Nasi Kerabu, apa kata kalau cuba pula tempat baru? Untuk pengetahuan semua, banyak Cafe telah di bangunkan di sini. Setiap cafe tersebut ada keunikkan sendiri dan sangat menarik untuk di cuba. Lepas ini kalau datang ke Kelantan cuba makan di cafe pula.

1. White Horse Cafe – kafe

Sebuah kafe yang ada perkhidmatan Mini Hall. White Horse Cafe menyediakan ruang khas untuk lakukan event, gathering dan mini majlis di sini. Mini hall di hiasi indah dengan bunga dan lampu seperti berada dalam taman bunga. Menariknya di sini, mereka akan sediakan sekali dengan makanan.

Bukan itu saja, kafe ini di jamin halal dan di yakini. Ini antara sebab utama kafe ini popular dalam kalangan penduduk setempat.

Kredit Imej: White Horse Cafe
Kredit Imej: White Horse Cafe
Kredit Imej: White Horse Cafe

Lokasi: BC 02.37, 02.38, 02.38A, Pelangi Mall, Jalan Post Office Lama, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 4 petang sampai 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/whitehorsecafe/

2. Hamara Dining – kafe

Anda mahu makan dalam tenang? Boleh cuba di Hamara Dining Cafe. Lokasi mereka ada jauh dari kesibukkan bandar. Kafe ini cantik di hiasi dengan pokok kehijauan menjadikan kafe seperti dalam taman.

Pilihan makanan mereka memang banyak. Ada makanan Melayu, Arab dan Western. Semua makanan sedap dan rata rata customer yang pernah datang akan kembali lagi.

Kredit Imej: Hamara Dining
Kredit Imej: Hamara Dining

Lokasi: Lot PT 752 Mukim Semut Api, 15710 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: DI buka setiap hari dari pukul 2 petang sampai 11 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/whitehorsecafeWHC/

3. To The Moon – kafe

Berkonsepkan nature dan retro, kafe ini menjadi tarikan terbaru di Kelantan. Susun atur dan rekaan dalaman sangat cantik. Cafe ini jadi menarik kerana dessert yang di hidangkan pelbagai dan semuanya sangat comel. Untuk kaki gambar tu wajib singgah To The Moon jika datang ke Kelantan.

Kredit Imej: To The Moon
Kredit Imej: To The Moon
Kredit Imej: To The Moon

Lokasi: 2707, Jalan Temenggong, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin. Bermula dari 12 tengah hari hingga 10.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/tothemoon.eats/

4. Yoohoo Dessert Café – kafe

Warga Kelantan mesti dah kenal kafe satu ini. Kafe ini menyajikan ais Kakigori, Set Ramyeon masak sendiri, Roti toast masak sendiri dan banyak lagi pilihan menu mereka. Paling best kalau ambil set masak sendiri. Sambil lepak makan ais krim boleh masak dengan kawan atau family, Menjadi satu pengalaman yang best. Rugi kalau tak cuba!

Kredit Imej: Yoohoo Dessert Café
Kredit Imej: Yoohoo Dessert Café
Kredit Imej: Yoohoo Dessert Café

Lokasi: 282, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/yoohookubangkerian/

5. Ngofee Cafe – kafe

Port lepak sambil hirup secawan kopi ada di Ngofee. Di sini, mereka amat menjaga kualiti coffee. Hanya menggunakan bahan yang premium untuk menghasilkan coffee untuk anda. Tempat duduk pula sangat selesa. Ada dua bahagian anda boleh pilih. Sama ada di bahagian luar atau di dalam.

Bukan coffee saja, ada banyak lagi menu makanan lain. Yang pasti semuanya sedap dan sesuai dengan cita rasa semua. Selamat mencuba!

Kredit Imej: Ngofee
Kredit Imej: Ngofee
Kredit Imej: Ngofee

Lokasi: LOT 1643, JALAN YAKOBIAH, Kampung Bayam, 15200 Kota Bahru, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari mula dari pukul 4 petang sehingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/NgofeeCafe/

6. Sempoi – kafe

Kalau anda datang Kota Bahru singgah lah di Sempoi Cafe. Kafe ini masih baru beroperasi di Kota Bahru. Walaupun masih baru tapi dapat sambutan yang hebat oleh orang Kelantan. Memang Sempoi!

Cafe menarik ini menggunakan konsep minimalis dengan penggunaan warna putih dan hitam dalam dekorasi dalam menjadikan kafe terlihat lebih ‘Instagramable’. Untuk geng kaki gambar jangan lupa singgah.

 

Kredit Imej: Sempoi
Kredit Imej: Sempoi

Lokasi: 2877, Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/p/Sempoi-Cafe/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 cafe menarik di Kelantan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kelantan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain