13 Cafe Menarik di Johor| Tempat Makan Best – Kini telah menjadi satu trend di mana banyak kafe berjaya di buka oleh warga belia. Lagi best bila kafe ini di buat menggunakan pelbagai konsep yang menarik. Ini menjadi satu tarikan terbaru untuk menarik customer datang.
Namun, rasa makanan juga mesti lah sedap supaya customer akan ulang lagi. Di Johor Bahru juga ada banyak cafe yang di buka setiap hari. Dalam artikel kali ini saya akan senaraikan beberapa cafe yang menarik ada di Johor Bahru.
1. Space – kafe
Sebuah kafe yang menghidangkan kopi di tengah bandar Johor Bahru. Menariknya cafe ini kerana mereka menyediakan tempat untuk study, buat kerja atau lakukan meeting. Kafe ini ada 2 tingkat menjadikannya luas dan tambah rasa tenang. Dekorasi dalam menggunakan warna putih dan silver. Mereka menggunakan konsep minimalis dalam rekaan dan hiasan kafe.
Lokasi: G11, Space cafe, 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula 8 pagi sampai 9 malam
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/space.johor/
2. Nimmies Pastry – kafe
Kafe satu ini ada kelainan nya. Mereka menggunakan konsep English Style dalam dekorasi cafe. Kafe luas dan banyak tempat di sediakan. Tidak perlu risau kalau anda datang beramai – ramai.
Makanan di sini banyak pilihan. Ada makanan berat, pastry, kek dan coffee. Selamat mencuba!
Lokasi: 171, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 malam
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/nimmies.cafejb/
3. Flowers in the Window – kafe
Sesuai namanya kafe ini dipenuhi dengan pokok dan bunga. Mereka menggunakan konsep rustic menjadikan kafe ini sesuai untuk ambil gambar. Kepada kaki gambar sini lah port yang sesuai untuk anda kunjung.
Bukan itu saja, rating kafe ini agak tinggi di Google Riviews. Rata rata yang pernah datang mengatakan mereka suka dengan suasana dan vibe di sini. Selesa makan dan lepak dengan kawan.
Lokasi: 9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Buka setiap hari pukul 9 pagi sampai 4 petang
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/FlowersintheWindow/
4. Bloom by Mokmok – kafe
Satu lagi cafe menarik di Johor Bahru iaitu Blook by Mokmok. Peminat bunga anda wajib datang sini. Kafe ini hias dengan bunga fresh dan bunga kering. Beserta lampu menambah cantik kafe ini.
Untuk makanan pula, menu di sini semuanya Western tapi dengan gunakan resepi rahsia menjadikan masakan mereka boleh diterima oleh warga Johor Bahru. Rugi kalau tidak datang.
Lokasi: 87, Jalan Mutiara Emas 2A, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula dari 12 tengah hari hingga 10 mlam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/bloomjb/
5. Ukiyo – kafe
Kek dan pastry di sini ada sentuhan ala Japan. Setiap kek di hias cantik dengan rasa yang sempurna. Tambah pula dengan dekorasi kafe sangat comel. Setiap sudut cantik dan sesuai untuk ambil gambar. Kalau anda mahu rasa kelainan dengan vibe baru boleh ajak kawan kawan datang lepak di sini pula. Memang best!
Lokasi: 17-02, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Kafe di buka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/ukiyocafe.my/
6. Fifty Trees – kafe
Tempat lepak baru dengan rasa makanan yang sempurna. Kafe Fifty Trees adalah sebuah kafe dengan konsep ‘cafe dalam garden’. Ada sebuah taman yang kehijauan di tengah tengah kafe ini. Lepas makan boleh ‘OOTD’ dulu. Cafe ini menarik di Johor Bahru kerena makanan mereka sajikan untuk sarapan pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam. Banyak pula tu pilihan makanan. Kalau anda datang Johor Bahru wajib singgah sini.
Lokasi: 53, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 9 pagi sampai 10 malam
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/fiftytrees53/
7. The Jiran Cafe – kafe
Kafe dengan konsep minimalis menjadi tarikan baru di Johor Bahru. Apa yang menarik di sini?
The Jiran Cafe ada kelainannya. Pilihan makanan mereka lebih kepada citarasa melayu dengan masakan melayu. Ruang makan luas dan selesa. Menjadikan ia antara cafe menarik yang ada di Johor Bahru.
Lokasi: 11, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 9.30 malam
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/p/The-Jiran-Cafe/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 cafe menarik di Johor Bahru. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Johor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!