13 Cafe Menarik di Alor Setar, Kedah

2024-05-27

13 Cafe Menarik di Alor Setar, Kedah| Tempat Makan Best – Alor setar adalah ibu kota bagi negeri Kedah. Menjadikan tempat ini kawasan tumpuan dari pengunjung. Banyak tempat – tempat menarik di buka untuk anda yang datang. Bukan itu saja tempat makan yang best juga ada di sini.

Saya kumpulkan beberapa cafe menarik yang ada di Alor Setar, Kedah ini. Setiap cafe ini ada keunikkan yang menjadikan cafe ini menarik dan wajib singgah kalau datang ke Kedah.

Selamat Mencuba!

1. Aorora – kafe

Kafe ini menggunakan konsep oasis padang pasir. Suasana di kafe sangat tenang dan selesa untuk santai dan makan. Dekorasi minimalis tapi sangat santik untuk ambil gambar.

Di sini makanan ada banyak pilihan untuk di cuba. Menu yang paling wajib anda cuba jika datang ke sini adalah masakan ‘duck smooked’. Masakan ini sangat sedap dan rasa sempurna menjadikan menu ini paling popular di Aorora Cafe.

Kredit Imej: Aorora
Kredit Imej: Aorora
Kredit Imej: Aorora

Lokasi: 1, Taman Rakyat Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari mula pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/aorora.my/

2. Simpol – kafe

Anda peminat pastry dan roti? Di Simpol mereka hanya hidangkan pelbagai pilihan pastry dan roti. Paling best semua makanan mereka di bakar setiap hari dan baru untuk anda. Ini menjadikan kafe Simpol sangat menarik untuk di lawati.

Rata rata customer yang pernah datang pasti akan datang lagi. Menu yang paling laris iaitu Croissant. Kafe ini di hias dengan konsep hiptser, moden tapi minimalis. Memang kena dengan zaman sekarang.

Kredit Imej: Simpol
Kredit Imej: Simpol

Lokasi: 12-C, Jalan Istana Kuning, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat. Dari pukul 12 tengah hari sehingga 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/p/Simpol-100089817109254/

3. Moara – kafe

Ramai yang kata cafe ini seperti cafe di Korea. Susun atur dan dekorasi kafe menjadikan ia nampak moden dan tenang. Seolah di korea, kafe ini menjadi tempat untuk ambil gambar. Ramai yang datang ambil gambar sambil makan. Di sini juga anda boleh buat tempahan dulu untuk buat sambutan dan sebagainya.

Menu makanan di Moara semua masakan western dan yang paling best di sini adalah coffee yang di brew segar untuk anda. Aroma biji kopi premium membangkitkan selera.

Kredit Imej: Moara
Kredit Imej: Moara
Kredit Imej: Moara

Lokasi: 2176 G, Taman Tunku Habsah, Jalan Kanchut, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 10 pagi sehingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kafe.moara/

4. Pintu Sepuluh – kafe

Berada betul betul tengah pekan Alor Setar, Kafe Pintu Sepuluh sangat menarik untuk di cuba. Tempat makan di sini sangat cantik. Setiap sudut kedai di hias dengan konsep moden, memang sesuai untuk siapa yang kaki gambar tu.

Makanan di sini juga menarik dan di masak sempurna buat anda. Kalau anda datang ke Aman Central, wajib singgah kafe yang menarik ini. Tidak jauh dari situ anda dah boleh nmpak Pintu Sepuluh.

Kredit Imej: Pintu Sepuluh
Kredit Imej: Pintu Sepuluh
Kredit Imej: Pintu Sepuluh

Lokasi: Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu dari pukul 3 petang sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/p/Pintu-sepuloh-cafe/

5. Art Nature Gallery Cafe – kafe

Siapa yang minat dengan Nature dan Art memang anda patut datang sini. Konsep kafe ini sangat menarik. Kafe di penuhi dengan pokok dan bunga yang betul menjadikan kafe ini seperti dalam taman bunga. Selain itu, mereka juga menggunakan beberapa hasil seni sebagai dekorasi dalam kafe.

Di Art Nature Gallery Cafe juga menerima tempahan untuk buat sambutan hari istimewa dan banyak lagi. Tapi perlu tempah awal sebab cafe ini selalu penuh terutama hujung minggu.

Kredit Imej: Art Nature Gallery Cafe
Kredit Imej: Art Nature Gallery Cafe
Kredit Imej: Art Nature Gallery Cafe

Lokasi: Pekan Melayu, 46, Jalan Sultan Muhammad Jiwa, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali cuti hari Rabu. Bermula pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/artnaturegallerycafe

6. 105c Coffeehaus – kafe

Ruang kafe ini sangat selesa yang dipenuhi dengan makanan lazat dan kopi berkualiti tinggi. Pencuci mulut di sini yang boleh memberi kepuasan kepada anda kerana mereka bakar ia setiap hari untuk menjaga kualiti dan kesegaran makanan mereka.

Kafe yang menarik ini boleh menjadi tempat berehat anda dari kesibukan hidup. Bangunan kafe ini mempunyai 2 tingkat  yang memberi ruang selesa untuk anda lakukan kerja atau belajar. Boleh juga ajak ramai kawan untuk lepak bersama. Kafe ini sangat menarik di Alor Setar, Kedah.

Kredit Imej: 105c Coffeehaus
Kredit Imej: 105c Coffeehaus
Kredit Imej: 105c Coffeehaus

Lokasi: 642, Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari mula dari 11 pagi sehingga 11 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/105c.coffeehaus/

7. Mansion 28 – kafe

Kafe kali ini sangat menarik yang ada di Alor Setar, Kedah. Dulu Mansion 28 adalah sebuah bangunan lama yang terbengkalai. Sudah lama tidak beroperasi. Kini di bangunkan semula dengan wajah baru berkonsepkan ala ‘English Style’.

Di sini mereka menyajikan banyak pilihan makanan. Ada makanan untuk sarapan pagi, tengah hari dan juga makan malam. Kek juga ada dengan pelbagai jenis.

Kredit Imej: Mansion 28
Kredit Imej: Mansion 28

Lokasi: 28, Jalan Stesen, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali selasa dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Mansion28cafe/

8. Overn – kafe

Kafe yang popular dengan makanan bakery mereka semestinya Overn. Di sini mereka menggunakan bahan hang premium dan kualiti tinggi. Staff juga berkemahiran dalam bidang bakery menjadikan makanan di sini memang sedap. Rugi kalau datang Alor Setar tapi tidak singgah di Overn.

Makanan berat juga ada. Jangan risau boleh ajak ramai – ramai datang sini sebab tempat duduk sangat luas dan selesa. Antara menu popular dan selalu viral di sini adalah mereka punya Cromboloni dan Croissant. Semua nya di buat sendiri dan di katakan sangat sedap.

Kredit Imej: Overn
Kredit Imej: Overn

Lokasi: G1 & G2, Bangunan ARENA, 55, Lorong Perak 12, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari seawal 9 pagi hingga 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/overnhub/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 kafe menarik di Alor Setar, Kedah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Alor Setar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain