15 Tempat Makan Best & Halal Di Thailand.
“Jom Cari Tempat Makan Best Dan Halal Di Thailand”
Setiap kali cuti sudah pasti ramai yang beratur untuk masuk ke negara Thailand. Sanggup beratur berjam-jam untuk memasuki negara itu. Ada yang masuk hanya sekadar untuk makan-makan dana ada yang masuk berjalan-jalan. Jadi kami di sini akan sediakan senarai restoran halal yang ada di Thailand. Anda boleh buat pilihan tempat makan best mana yang anda inginkan. Cuma hati-hati juga kalau makan banyak nanti berat badan naik. Solusi terbaik masa kini untuk masalah ini adalah suntikan mounjaro.
1. Hamid Restaurant Hatyai
Hamid Restaurant di Hatyai terkenal dengan makanan Thai yang Halal dan menjadi pilihan utama pelancong Muslim. Menu popular di sini termasuk roti canai lembut, Pad Thai halal, dan kari ayam Thai.


Suasana restoran yang selesa menjadikannya tempat ideal untuk makan bersama keluarga dan rakan. Harga berpatutan dengan kualiti makanan yang memuaskan, menjadikan Hamid Restaurant antara lokasi “wajib singgah” di Hatyai.
Alamat: 73-75 Prachatipat Rd., Hat Yai, Thailand, Songkhla
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 10 malam
2. Marita Dim Sum Halal Hatyai
Marita Dim Sum Halal adalah port sarapan paling popular di Hatyai. Restoran ini menawarkan pelbagai dim sum halal, pau kukus, dan teh tarik Thai yang sedap.


Dengan suasana nyaman & mesra pelanggan, ia menjadi pilihan utama untuk mulakan hari dengan sarapan yang unik.
Alamat: 248 Rattakarn Soi 5 Rd, Hat Yai, Songkhla
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 9 malam
3. Bang Han Restaurant
Bang Han Restaurant berdekatan Lee Garden Plaza terkenal dengan sarapan dim sum halal. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati bubur ayam/daging dan teh ais Thai.

Suasana selesa dan perkhidmatan cepat menjadikannya lokasi ideal untuk mulakan hari.
Alamat: 33 ศ, 1 Prachathipat Road, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 4 petang
4. Dimsum Chabura Hatyai
Dimsum Chabura terkenal sebagai tempat sarapan paling “famous” di Hatyai. Menu utama adalah dim sum dalam kukusan logam, roti canai daging, dan sup bebola ikan.


Restoran ini sering penuh, jadi datang awal untuk elak barisan panjang.
Alamat: Khlong Hae, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 2 petang
5. ASEAN Night Bazaar Hatyai
Bazaar malam ini menawarkan pelbagai makanan halal di food court tingkat dua. Pilihan popular termasuk kerang goreng rangup, nasi goreng udang, dan ayam bakar dengan nasi.
Makanan Halal di Hatyai
📸 Imej: ASEAN Night Bazaar Hatyai
Suasana meriah bazaar ini menjadikannya tempat terbaik untuk makan malam santai.
Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari (tutup Isnin), 4.30 petang – 10 malam
6. Tamrab Muslim Restaurant (Nasi Kerabu)
Kalau rindu makanan Malaysia, Tamrab Muslim Restaurant terkenal dengan nasi kerabu biru lengkap dengan lauk, sambal & ulam.

Restoran ini sangat popular dengan penduduk tempatan kerana harga berpatutan & rasa autentik.
Alamat: 4, 6 Niyomrat Rd, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 8 malam
7. Greenway Night Market
Pasar malam ini penuh dengan street food halal. Antara menu popular ialah laksa Thai, pulut mangga, teh ais Thai, dan pelbagai dessert.

Suasananya autentik, penuh dengan penduduk tempatan & pelancong.
Alamat: 1406, 3 ถนน กาญจนวณิชย์, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari (tutup Isnin), 5 petang – 10 malam
8. Kai Tod Decha
Restoran ini paling terkenal dengan ayam goreng rangup dan sup Tom Yum pedas. Lokasinya dekat lapangan terbang Hatyai, jadi senang untuk terus singgah.

Hidangan klasik Thai yang confirm halal & sedap!
Alamat: 93 Chee Uthit Rd, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 9 malam
9. Roti De Forest Hatyai
Port makan santai yang terkenal dengan bubur daging, roti sangkaya, dan murtabak daging cheese. Minum sekali dengan Cha Yen (teh ais Thai).

Suasana santai menjadikannya sesuai untuk lepak bersama rakan.
Alamat: 22 ซอย ทวีรัตน์, Kho Hong, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 11 malam
10. Kedai Makanan Kak Piah
Kedai ini terkenal dengan sup Songkhla pekat, nasi campur lauk kampung & kari daging pedas.
Rasa “kaw” jadi kegemaran ramai, terutamanya pemandu tempatan & pelancong.
Alamat: Phet Kasem Rd, Ban Phru, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 3 petang
11. Kedai 24/25 Halal
Pilihan mesra bajet dengan menu bermula dari THB30. Antara menu sedap: ayam goreng rangup, ayam tumis halia, dan Thai basil chicken pedas.
Yang best, ada air percuma dengan ais & pelbagai pilihan minuman.
Alamat: Beberapa lokasi sekitar Hatyai
Waktu Operasi: 24 jam
12. Lee Gardens Night Market
Pasar malam paling terkenal di Hatyai. Antara makanan halal popular: tiram goreng (Jasmita Halal Food), pulut mangga, sangkaya, & seafood bakar.
Meriah dengan suasana malam & wajib datang awal sebab ramai orang.
Alamat: Tambon Hat Yai, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 12 pagi
13. Moon Doughnuts
Kalau suka dessert, Moon Doughnuts antara donut paling popular di Hatyai. Donut lembut & tak terlalu manis – paling disyorkan Original Honey Glaze.
Selalu penuh & ada barisan panjang, tapi berbaloi cuba.
Alamat: 70 Nipatsongkrew 2 Soi 2 Rd, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari (tutup Rabu), 10.30 pagi – 5.30 petang
14. Bareeka Hatyai
Cafe milik Muslim yang selesa & bersih. Menu popular ialah Nasi Khaomok (briyani Thai) dan Pulut Ayam Bakar.

Sesuai untuk bersantai selepas shopping di Kim Yong Market.
Alamat: 32, 1 Sang Aretit Rd, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari (tutup Rabu), 7 pagi – 5 petang
15. Samsils Cafe
Cafe mesra Muslim dengan suasana hijau & ada kolam ikan besar – sesuai untuk keluarga. Menu popular: Ribeye Steak, Carbonara, dan Noodles gaya Thai.
Siap ada bilik solat, menjadikannya tempat mesra Muslim sepenuhnya.
Alamat: 186 Thanon Khlong Wad 2, Tha Chang, Hat Yai
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 9.30 malam
👉 Jadi, kalau bercuti ke Hatyai tahun 2025 ni, confirm tak pening nak cari makanan halal. Dari sarapan dim sum panas, ke nasi kerabu, sampai seafood pasar malam – semua ada & semua halal!









